27 September, 1990 termeteri ikatan perkahwinan antara Che Man dan Cikgu Nani yang memulakan tugas sebagai guru di SMK Padang Terap. Mula dok di rumah tok, berulang dari depan Masjid Kuala Nerang ke sekolah menumpang cikgu Che Pi Ibrahim. Che Man bertugas sebagai Kerani di SK Pokok Asam dan berulang ke sekolah dengan PBC 4669, Honda Fame. 1991, dapat anak pertama diberi nama Farah Wahida binti Osman. Bila ada anak pindah ke rumah guru SMK Padang Terap. 1993, dapat anak kedua Fairuza Syahira binti Osman. Dipaksa pindah oleh rakan sekolah kerana depa nak duduk di rumah tu. Jadi orang baik terpaksa angkat bungkus dengan lori Bang Aziz balik ke Kg. Rambutan. Tambah rumah Tok agar dapat duduk dengan selesa. Berusaha untuk duduk di Taman Belimbing walau tanpa kemudahan. Alhamdulillah berkat sabar kami bina kehidupan di no 10, Taman Belimbing Indah. Dapat anak ke tiga, Filza Farzana binti Osman dan anak ke empat Mohamad Faiz Hak...
Comments
Post a Comment